Friday, December 7, 2012

aku sudah dewasa

aku sudah dewasa . 

seperti ada yang kehairan bila membaca ayat di atas. 

ya! dewasa ! 
aku sudah dewasa utk menilai baik buruk

aku bukan lagi kanak kanak 
yang masih menangis mahukan itu ini
yang masih dalam dunia khayalan

aku sudah dewasa 
utk menjadi hamba NYA yang bertaqwa

aku masih lagi merangkak 
mencari pahala utk ke syurga firdausi

ya ALLAH aku tidak layak untuk syurga mu
namun aku juga tidak mampu menghadapi api neraka mu

manusia itu boleh berubah.
berhijrah ke arah kebaikan
begitu juga aku

ya ALLAH tetapkan lah iman kami. 
amin

Tuesday, October 16, 2012

SUNYI

sepi nya malam

tiada teman

tiada yang peduli

tiada yang memahami

dia yang terus menyepi

aku yang terus menanti

penantian itu suatu penyeksaan

dan aku benci menanti

mohon jgn menghukum sesuatu yg tak pasti

semua itu menyakitkan 

aku juga punya perasaan

perasaan yang tak dpt dikawal kadangkala

jangan biarkan rasa tawar hati itu hadir

kerana ia tiada penawar

saat itu jika semua menyalahkan aku, 

aku hanya akan berkata, peduli ?

Wednesday, August 8, 2012

silakan terasa

ini ihklas dari hati

kawan. kenapa kau busuk hati ?
kawan. kenapa kau dengki mendengki ?
kawan. kenapa kau mcm babi ? *maaf bunyi agak tak sopan

walhal kita berjuang bersama sama.

tapi kau pesen
jatuh bangun masing masing
pandai kau sorang
nak semua org puji kau

ingtlah kawan.

kita nie sama islam
kita nie hidup bermasyarakat.

kalau pesen nak busuk hati
kalau pesen nak mengata memanjang
kau lah sejahat manusia.


Sunday, June 10, 2012

MUHASABAH DIRI

duduk berpeluk tubuh
mendongak ke langit
mencari kilauan bintang
subbahanallah.
cantiknya
bintang
cantiknya
bulan

saat itu aku kembali
muhasabah diri sendiri

tuhan
ampunilah aku
aku manusia
tak lepas dari membuat dosa

aku ingin menjadi setabah
sumayyah
aku ingin menjadi sekuat
maryam
aku ingt menjadi setia
siti khadijah

jadikan lah aku
wanita solehah
ya ALLAH

ampunilah aku
terima lah taubatku.

dekat lah aku dgn diri mu
ya ALLAH.

tetapkan lah iman ku ya ALLAH.

sesungguhnya hidup ku mati ku
hanya lah
kerana mu ya ALLAH.


Saturday, June 2, 2012

putus cinta

sial !
celaka !

makian ? ini perihal biasa jika putus cinta.
makian ? ini perihal biasa jika kecewa dalam cinta
makian ? ini perihal biasa bila kau rasa cinta itu celaka
bila kau rasa semua lelaki itu buaya.

tapi itu semua hanya di bibir
dalam hati kau sayang dia gila babeng !

tak semena air mata kau jatuh

makan kau ingt dia
mandi kau ingt dia
tidur kau ingt dia *bukan lucah okay
semua nya dia !

tapi kau saja paksa diri kau benci dia
konon kau menyampah tngk muka dia

hati kau sebaliknya.

tapi kau kena kuat

jodoh kau pasti hadir

lambat atau cepat

ia pasti wujud !